POHPALEH WABE!!..

Cerita, Berita, Gosip, Tips & Tricks, Hiburan, Sukan, Informasi dan sehangat dengannya..
Sumber: Internet, akhbar, majalah, buku dll...

Wednesday 19 October 2011

TEATER BADAI SEMALAM




Menerusi pengalaman para pembaca naskah novel Badai Semalam nukilan kreatif Khadijah Hashim, majoriti pastinya akan mengangkat tangan tanda setuju bahawa novel ini sememangnya memberikan kesan yang cukup mendalam tehtang kisah cinta percintaan yang tercetus di antara Mazni, Zaki dan Karim.
Malah, Khadijah Hashim yang menjadi penasihat skrip untuk teater Badai Semalam lakonan Erra Fazira dan Aaron Aziz ini turut mengakui bahawa masih ramai pembaca yang hingga sekarang asyik bertanya tentang penghujung cerita tersebut.
"Sejujurnya, saya tidak menyangka, Istana Budaya mahu mengangkat naskah saya untuk pementasan teater. Walaupun saya dah menulis 19 novel, ke mana jua saya pergi, pasti saya akan ditanya penghujung kisah cinta antara Mazni dan Zaki. Namun, jawapan saya tetap sama, jikalau ada jodoh tak ke mana.
"Ada juga pemintaan untuk membuat kisah ini ke jilid kedua. Bagaimanapun, saya memegang prinsip selepas buat cerita untuk sebuah novel ia tidak akan bersambung. Habis di situ saja. Penghujung kisah yang saya sampaikan terpulang ke khayalan pembaca.
"Dalam penulisan novel, penggunaan bahasa yang diaturkan amat dititik beratkan supaya ia boleh membawa emosi pembaca berubah dari menangis, gelak atau sebagainya. Dari sinilah kekuatan seorang novelis atau pengarang boleh dinilai. Kekuatan novel terletak pada pengarang dan cerita manakala teater pula amat memerlukan kesinambungan tenaga dari skrip, pelakon, bunyi, penataan cahaya dan banyak lagi,"katanya.
Menyentuh mengenai kenapa penulis ini mengizinkan naskahnya dijadikan teater, novelis yang berasal dari Batu Pahat, Johor menganggap pemilihan ini sebagai satu penghormatan.
"Apabila saya dihubungi pihak IB untuk mementaskan teater berdasarkan karya novel saya, ia adalah satu penghormatan besar buat saya. Novel ini sudah pun di dramakan di Singapura begitu jua di stesen TV RTM. Jadi, saya fikir sudah tiba masanya novel ini diteaterkan.
"Kalau ada orang nak filemkannya pun apa salah. Walaupun saya sudah tahu skrip untuk teater ini sudah dirombak sebanyak 3 kali, namun saya masih belum tengok rombakan tersebut. Saya hanya tengok skrip pertama saja. Apa sekalipun, saya tak mengharapkan ia seratus-peratus mengikut novel saya.
"Kalau dirombak tidak mengapa asalkan intipati dan roh Mazni masih lagi wujud. Saya bagi peluang kepada mereka untuk buat semuanya," jelasnya.
Pihak IB memberitahu, skrip untuk teater Badai Semalam ditulis oleh Erma Fatima , Aminah Rafor dan penulis skrip dari IB. Selain menggunakan khidmat 3 penulis skrip, IB turut mengangkat pengarah teater baru iaitu Khairunazwan Rodzi yang pernah menjadi pendidik program Pilih Kasih 1 dan 2.

antara ulang cetak novel Badai Semalam.

Cetakan Pertama pada tahun 1968 tapi tak pasti yang mana kulitnya yang bertama

Ini yang pernah aku baca










Diterjemahkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) - 2009




------------
aku penah baca buku novel ni. memang best.. terbaik..

1 comment:

  1. Saya masih lagi mempunyai naskhah novel Badai Semalam cetakan 1971 yang ditulis menggunakan bahasa melayu lama.

    ReplyDelete