POHPALEH WABE!!..

Cerita, Berita, Gosip, Tips & Tricks, Hiburan, Sukan, Informasi dan sehangat dengannya..
Sumber: Internet, akhbar, majalah, buku dll...

Thursday 20 October 2011

TEMASYA PANTAI TIMUR 2011 BERMULA HARI INI




PEKAN, 21 Okt. - Temasya Pantai Timur 2011 akan berlangsung selama 3 hari bermula hari ini di Dataran Pekan. Ia bakal mengangkat kesenian dan kebudayaan masyarakat di negeri-negeri pantai timur sebagai ikon pelancongan negara. Pelabagai aktiviti kebudayaan dan kesenian dipamerkan. 
antara artis yang diundang Saleem Iklim (terengganu) Roy Kapilla (Kelantan) dan Anis Salwa (Pahang). aktiviti lain antaranya Gendang Pantai Timur, Perarakan Budaya Pantai Timur, Generasi Y, Seni Mempertahankan Diri, Demo Masakan, Demo Batik dan lain-lain lagi. Ianya dimulakan dengan Senam Seni pada jam 7.30 pagi ini. 
Bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Dati Seri Adnan Yaakob pada malam ini. Turut hadir, Menteri Pelancongan dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Penganjur mensasarkan penyertaan 1981 orang yang terdiri dari artis, penggiat seni, ahli persatuan seni bela diri dan para pelajar.

POKOK RUPA HANTU

Foto oleh:  Christopher Martin

SEBATANG pokok di sebuah daerah di California, USA. Ianya nampak menakutkan. 
Setiap kali Pesta Walloween, lilin diletakkan didalam lubang pokok supaya nampak lebih menggerunkan kepada sesiapa yang melihatnya.

-------
hehe ni kalo kt malaysia maunye dah ada yang menurun nombor ekor..

iNFO BADAI SEMALAM

SEDIKIT info berkenaan Novel Badai Semalam dan Penulisnya, Khadijah Hashim.


1. Novel yang dicetak kali pertama pada tahun 1968.


2. Telah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris dengan judul, Storms of Yesterday, bahasa Sepanyol Tormentos del ayer, di samping beberapa siri cetakan dalam bahasa Melayu daripada penerbit yang berbeza seperti Alaf21 dan yang terbaru, 'K' Publishing Sdn Bhd cetakan pertama 2011.


3. Juga pernah dijadikan drama tv di RTM dan televisyen Singapura, selain menjadi buku teks sastera bagi pelajar peringkat SPM di Malaysia dan Menengah Empat di Singapura. 


4. Khadijah Hashim merupakan salah seorang penulis wanita tanah air yang dikagumi tulisannya. Dilahirkan dan membesar di negeri Johor, sempat menjadi guru agama beberapa ketika sebelum berkhidmat sebagai wartawan di Kumpulan Akhbar Utusan Melayu.


5. Menulis dalam pelbagai genre termasuk novel, cerpen, puisi, skrip drama radio, buku kanak-kanak, dan beberapa lagi. Cerpen dan novel beliau telah beberapa kali diangkat menjadi drama televisyen. Selain Badai Semalam ini, Mawar Merah Di Jambangan, Sekapur Sirih Segeluk Air, Ditepi Pagar, Dekat Disayang Jauh Dikenang, dan lain lagi.


6. Badai Semalam adalah sebuah novel mengenai kehidupan pahit getir, dugaan ujian, celaan hinaan, ketabahan kecekalan hati seorang wanita, bernama Mazni.


7. Sedari kecil dibesarkan oleh ibunya di rumah majikan tempat ibunya bekerja sebagai orang gaji. Sehingga dewasa di situlah tempatnya menumpang teduh. 


8. Mazni digambarkan sebagai seorang wanita yang pasrah dengan segala ranjau kehidupan yang dilalui. Bermula dengan ibunya yang sakit, terpaksa melupakan cita-cita untuk belajar sehingga ke menara gading kerana kekurangan wang, dicintai oleh anak kepada majikan ibunya, Karim, terpaksa menerima cinta itu walau hati tak rela kerana telah termakan budi yang banyak terhadap keluarga itu, percintaan mereka pula dihalang oleh ibu Karim kerana perbezaan darjat, namun berkahwin juga atas kemahuan Karim walau diperkatakan jiran-jiran sekeliling, rumahtangganya pula tidak bahagia apabila Karim kembali kepada kehidupan lamanya, berpoya-poya, sehingga terjadi pertengkaran antara mereka sehingga mengakibatkan Mazni tercedera dan dirawat di hospital, lalu dia meminta cerai daripada Karim, dan membawa diri ke Kuala Lumpur.


9. Judul Badai Semalam dapatlah dimengertikan (setelah menamatkan novel ini) sebagai keributan, kekeruhan hidup Mazni sepanjang berada di Johor yang mahu dilupakan, mahu dijadikan kenangan dengan meninggalkan tempat tersebut dan berpindah ke Kuala Lumpur memulakan hidup yang baru, yang lebih bersinar bahagia.


10. Novel ini juga sarat dengan kritikan sosial terhadap masyarakat Melayu terutamanya. Di sana sini kita dapati penulisnya menggambarkan masyarakat yang iri hati, hasad dengki, mengadu domba, terlalu memikirkan 'apa kata orang' sehingga memudaratkan orang sekeliling, yang mana apabila ditenung-tenung kembali, sifat-sifat itu memang wujud dalam masyarakat Melayu kita dulu, dan kini.


11. Kerana sifat negatif tersebutlah telah menjadikan kehidupan Mazni sebagai mangsanya. Menarik juga untuk diperhatikan mengapa penulis menggunakan watak wanita sebagai korban dari semua tabiat buruk itu. Ini berkemungkinan kerana wanita selalu diperikan sebagai sopan, lemah lembut, berbudi bahasa, maka bila dikenakan segala tuduhan dan fitnah ke atasnya melalui novel ini, ia akan lekas mengalirkan rasa simpati pembaca. Sekali gus akan mendatangkan rasa benci dan marah terhadap orang-orang yang melemparkan umpatan ke atas Mazni, dan membawa pembaca kembali melihat ke alam realiti, ke sekitarnya, jiran-jiran dan ahli masyarakatnya, lalu menjadikan pembaca lebih sensitif bila berbicara mengenai seseorang individu agar tidak berlaku seperti nasib yang menimpa Mazni dek kerana cerita-cerita yang tidak benar.


12. Jika dilihat secara keseluruhannya, maka tidak hairan jika novel ini diangkat menjadi drama televisyen. Setingnya, plot, tema, serta konflik dan saspen yang ada cukup membuatkan penonton terpaku, dan setia menanti adegan seterusnya.


13. Walau penggunaan bahasanya agak santai, tetapi apa yang lebih penting adalah penceritaan yang cuba disampaikan penulis, inti dan isinya, segala pandangan dan buah fikirannya yang menjadikan novel ini kekal berada di pasaran meskipun telah berdekad lamanya ditulis.

Wednesday 19 October 2011

TEATER BADAI SEMALAM




Menerusi pengalaman para pembaca naskah novel Badai Semalam nukilan kreatif Khadijah Hashim, majoriti pastinya akan mengangkat tangan tanda setuju bahawa novel ini sememangnya memberikan kesan yang cukup mendalam tehtang kisah cinta percintaan yang tercetus di antara Mazni, Zaki dan Karim.
Malah, Khadijah Hashim yang menjadi penasihat skrip untuk teater Badai Semalam lakonan Erra Fazira dan Aaron Aziz ini turut mengakui bahawa masih ramai pembaca yang hingga sekarang asyik bertanya tentang penghujung cerita tersebut.
"Sejujurnya, saya tidak menyangka, Istana Budaya mahu mengangkat naskah saya untuk pementasan teater. Walaupun saya dah menulis 19 novel, ke mana jua saya pergi, pasti saya akan ditanya penghujung kisah cinta antara Mazni dan Zaki. Namun, jawapan saya tetap sama, jikalau ada jodoh tak ke mana.
"Ada juga pemintaan untuk membuat kisah ini ke jilid kedua. Bagaimanapun, saya memegang prinsip selepas buat cerita untuk sebuah novel ia tidak akan bersambung. Habis di situ saja. Penghujung kisah yang saya sampaikan terpulang ke khayalan pembaca.
"Dalam penulisan novel, penggunaan bahasa yang diaturkan amat dititik beratkan supaya ia boleh membawa emosi pembaca berubah dari menangis, gelak atau sebagainya. Dari sinilah kekuatan seorang novelis atau pengarang boleh dinilai. Kekuatan novel terletak pada pengarang dan cerita manakala teater pula amat memerlukan kesinambungan tenaga dari skrip, pelakon, bunyi, penataan cahaya dan banyak lagi,"katanya.
Menyentuh mengenai kenapa penulis ini mengizinkan naskahnya dijadikan teater, novelis yang berasal dari Batu Pahat, Johor menganggap pemilihan ini sebagai satu penghormatan.
"Apabila saya dihubungi pihak IB untuk mementaskan teater berdasarkan karya novel saya, ia adalah satu penghormatan besar buat saya. Novel ini sudah pun di dramakan di Singapura begitu jua di stesen TV RTM. Jadi, saya fikir sudah tiba masanya novel ini diteaterkan.
"Kalau ada orang nak filemkannya pun apa salah. Walaupun saya sudah tahu skrip untuk teater ini sudah dirombak sebanyak 3 kali, namun saya masih belum tengok rombakan tersebut. Saya hanya tengok skrip pertama saja. Apa sekalipun, saya tak mengharapkan ia seratus-peratus mengikut novel saya.
"Kalau dirombak tidak mengapa asalkan intipati dan roh Mazni masih lagi wujud. Saya bagi peluang kepada mereka untuk buat semuanya," jelasnya.
Pihak IB memberitahu, skrip untuk teater Badai Semalam ditulis oleh Erma Fatima , Aminah Rafor dan penulis skrip dari IB. Selain menggunakan khidmat 3 penulis skrip, IB turut mengangkat pengarah teater baru iaitu Khairunazwan Rodzi yang pernah menjadi pendidik program Pilih Kasih 1 dan 2.

antara ulang cetak novel Badai Semalam.

Cetakan Pertama pada tahun 1968 tapi tak pasti yang mana kulitnya yang bertama

Ini yang pernah aku baca










Diterjemahkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) - 2009




------------
aku penah baca buku novel ni. memang best.. terbaik..

4 LOKASI PANAS "DENGGI"

Harian Metro 20/10/2011.


PETALING JAYA: Empat lokasi dikenal pasti sebagai 'kawasan panas' oleh Kementerian Kesihatan kerana mencatatkan kes demam denggi tertinggi sehingga menyebabkan kematian dan dijangka terus meningkat dengan kedatangan musim hujan tidak lama lagi.

Empat lokasi itu adalah dua dari daerah Hulu Langat iaitu Flat Pandan Perdana dengan 10 kes dan Pangsapuri Taman Bukit Mewah dengan empat kes serta dua lokasi lain dari Kuala Lumpur iaitu Kondominium Bintang Mas dengan 11 kes di zon Cheras dan Kondominium Corenthian dengan sembilan kes di zon Pusat Bandar.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Hassan Abdul Rahman berkata, kawasan dengan kepadatan penduduk tinggi lebih berpotensi mendapat penyakit denggi dan jika tiada langkah pencegahan diambil, kes itu akan terus meningkat.

“Masyarakat perlu mengambil pengajaran daripada dua kematian akibat denggi minggu lalu dan jika dapat dihapuskan pada peringkat awal, ia dapat menghalang penyakit itu daripada merebak,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Ridsect CSR Aedes Advise Mission Activity, di Pangsapuri Blok A Impian Baiduri, di sini, semalam.


Pengarah Kawasan Asean SC Johnson, Miguel Angel De Gracia berkata, mereka ingin menekankan kepada masyarakat mengenai pentingnya mengambil langkah proaktif menentang Aedes untuk menjaga keselamatan diri, keluarga dan jiran tetangga.

Seramai 50 kakitangan syarikat pemilik jenama racun serangga itu mengambil masa setengah hari menziarahi penghuni pangsapuri terbabit dengan memberi produk mereka dan risalah sebagai ingatan supaya berjaga-jaga dengan masalah itu.


------------------------
Peringatan utk semua: Amalkanlah kebersihan. "Kebersihan bermula dari saya"

ENTRY PERTAMA

DIMULAKAN dengan team feveret aku Chelsea. Chelsea telah berpesta gol. Lawannya kali ini adalah Racing Genk, Champion Liga Belgium. result 5-0



Torres menunjukkan prestasi cemerlang dengan menyumbat 2 gol. manakala masing-masing satu gol dari Maeriles, Kalou dan Ivanovic. Walaupun ketiadaan John Terry, Mata, Drogba dan Ramires mereka menunjukkan semangat juang dan skill yang amat menakjubkan. 4 gol telah dijaringkan separuh masa pertama. 





Petanda baik buat AVB dan team di Champion League. tahniah buat Chelsea.

SELAMAT DATANG

BLOG dimana menyajikan bukan sekadar berita dan cerita. 
Pastinya menarik dan tertarik. tunggu entry pertama akan datang
tidak lama lagi.

Berita Terkini
Cerita Sensasi
&
Banyak Lagi

Juga Ruangan Iklan Untuk Disewa Dengan Harga Patut

Pasti Pohpaleh Wabe Betui!!..